Wednesday 14 March 2012

APA ANA BUAT SEKARANG???

Salam ukhwah rakan2 yang dikasihi...

Ana lupa nak bagitau apa ana buat dalam kehidupan sekarang. Alhamdulillah, ana sekarang dah dapat peluang untuk mendapatkan kelulusan ikhtisas iaitu DipEd dalam bidang PJK di UPSI...Rezeki Allah, Ana berjaya jugak menuju ke arah cita2 yg ana idamkan selama ini...Berkat pengalaman mengajar lebih kurang 3tahun di Sek Men sebagai guru GSTT...ALHAMDULILLAH...

Keadaan di sini...Huhuhu...mmg agk penat dan sebab banyak sgt esemen...(ni pun baru balik dari library siapkan esemen) ... makan minum pun macam x teratur sangat...tapi bak kata pepatah..." kalau x dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya " kan? Jadi, pe2 pun mesti sentiasa bersemangat dan buat yang TERBAEKK...!

Lecturer kat sini pun bes...ada yang lawak, ada yang penuh berinformasi...ada instructor (pembantu lecturer la ni..) yang sangat baik dan banyak menolong..macam2 adala...Ada sorang lecturer ni.. namanya Dr Suppiah Naciappan.. dia nikan, kalu masuk kelas dia, WAJIB gelak..hahahha!!!kalu x gelak, kne buat2 gelak la...pastu penceritaan di dalam kelas...smpi x larat nak dengarla...macam2 citer ada..lucu ada...lucah , lucucah pun ada...huhuhu ...so sekarang nikan, Dr Suppiah ni mengkehendaki semua pelajar menulis mengenai cerita kegemaran beliau di dalam blog...makanya, lepas ni banyakla cerita2 kegemaran beliau akan Ana masukkan dalam blog ni...

So...korang layan ajela yer...hahaha!!!

Citer apa???? ha, nantikan post Ana yang seterusnya...

Sunday 11 March 2012

Permata Hati Bonda


Alhamdulillah Alah S.W.T kurniakan Ana dua orang putera yang melengkapkan hidup Ana dan suami tercinta. Semoga dua orang putera ini akan menjadi hamba Allah yang taat dan anak yang soleh. Amin~

si abang dan si adik :)


kecik-kecik dah pandai tolong ibu buat kek :)
sshh.. nanti terjaga!

Tinta Pertama Ana



Menjadi seorang penulis, merupakan satu tanggungjawab yang berat sebenarnya. Kerana setiap apa yang diceritakan mestilah bahan yang benar dan sahih. Jika terdapat penipuan, maka tertipulah para pembaca.

Tapi, di sini Ana bukan ingin menjadi seorang penulis. Tetapi, Ana ingin berkongsi dengan rakan-rakan serta para pembaca. Kerana apa yang ada di dunia ini hanyalah pinjaman Allah S.W.T semata-mata. Kenapa kita perlu kedekut ilmu jika kita mampu mencurahkannya.

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud,
"Sesiapa yang ditanya tentang ilmu yang dia ketahui, kemudian dia menyembunyikannya, dia akan dikekang dengan kekangan daripada api neraka ada hari kiamat."
(Riwayat Abu Daud dan al-Tarmizi)

Sampaikanlah! Sampaikanlah ilmu yang bermanfaat walau sedikit yang diketahui. Dan sampaikanlah walau sepotong ayat. Betapa pentingnya ilmu sehingga Nabi Muhammad sendiri menyatakan akibat jika kita bersifat kedekut ilmu.

Jika ada yang terkurang silalah menegur Ana kerana Ana masih lagi mencari-cari ilmu yang terdapat di alam Allah S.W.T yang serba luas ini. Jangan kita mendabik dada dengan hanya sedikit ilmu. Berusahalah mengkaji bumiNya yang indah ini.