Sunday, 11 March 2012

Tinta Pertama Ana



Menjadi seorang penulis, merupakan satu tanggungjawab yang berat sebenarnya. Kerana setiap apa yang diceritakan mestilah bahan yang benar dan sahih. Jika terdapat penipuan, maka tertipulah para pembaca.

Tapi, di sini Ana bukan ingin menjadi seorang penulis. Tetapi, Ana ingin berkongsi dengan rakan-rakan serta para pembaca. Kerana apa yang ada di dunia ini hanyalah pinjaman Allah S.W.T semata-mata. Kenapa kita perlu kedekut ilmu jika kita mampu mencurahkannya.

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud,
"Sesiapa yang ditanya tentang ilmu yang dia ketahui, kemudian dia menyembunyikannya, dia akan dikekang dengan kekangan daripada api neraka ada hari kiamat."
(Riwayat Abu Daud dan al-Tarmizi)

Sampaikanlah! Sampaikanlah ilmu yang bermanfaat walau sedikit yang diketahui. Dan sampaikanlah walau sepotong ayat. Betapa pentingnya ilmu sehingga Nabi Muhammad sendiri menyatakan akibat jika kita bersifat kedekut ilmu.

Jika ada yang terkurang silalah menegur Ana kerana Ana masih lagi mencari-cari ilmu yang terdapat di alam Allah S.W.T yang serba luas ini. Jangan kita mendabik dada dengan hanya sedikit ilmu. Berusahalah mengkaji bumiNya yang indah ini.

No comments: